Monday 24 November 2014

Finally,Dean's List!

Hai assalamualaikum..
Alhamdulilah,cuti bagi semester pertama akan melabuhkan tirainya.Lagi 5 hari je nak masuk Universiti balik.  Cuti ni duduk bilik layan youtube,facebook, twitter and so on. Lol what a sad life~



Apapun, alhamdulilah..pointer bagi semester 1 aku dapat 3.5 and above. Walaupun 3.5 tapi aku bangga dapat Dean's List. Angan-angan tu memang ada tapi takpernah terfikir langsung aku berjaya tersenarai dalam Dean's List. I'm not giving you the tips macam mana aku dapat 3.5 above dan Warning: bukanlah niat nak menunjuk-nunjuk. Just wanna share with you macam mana akhirnya aku boleh dapat Dean's list.

1.Niat
Mula-mula masuk U, memang aku rasa sunyi, tak ada mood nak belajar. Tapi bila fikirkan mak ayah aku, semua benda-benda negatif tu aku tolak ke tepi.Amalkan bacaan surah Al-Ikhlas 3 kali. Insya Allah, bila niat kita ikhlas, Allah akan tolong kita. Pernah sekali tu, aku rasa give up sangat dengan subjek Chemistry (reduction and oxidation). Otak aku blank, sebab tak faham step-step dia. Kawan-kawan aku ajar pun aku
still blurr lagi.



Esok pulak ada exam . Apalagi, aku try buka lagu Ella 'Eyes of the World'. Lagu ni macam spirit lah kiranya. Cubalah korang dengar. Bila dengar lagu ni, terbayanglah wajah mak dan ayahku...ceh feeling abiss!
Dalam hati tu aku berdoa supaya Allah permudahkan segalanya sebab aku nak sangat banggakan diorang. Alhamdulilah, untuk markah exam Chemistry masa tu aku dapat 93%. Terperanjat jugalah because i'm the higgest dalam kelas. Kawan-kawan aku yang bertungkus-lumus nak ajar aku supaya aku faham pun tak puas hati dengan aku.



HAHAHAHA just kidding~ Bersyukur sangat dapat sahabat macam diorang. Bila niat kita betul, Allah permudahkan segalanya.


2. Kawan yang baik itu umpama penjual minyak wangi
Alhamdulilah.. aku dipertemukan dengan kawan-kawan yang rajin belajar. hahaha  Kawan-kawan aku ni semua jenis yang suka studygroup. Tapi aku bukan jenis yang macam tu lah. Aku lebih suka study sendiri, sebab kalau aku study dengan diorang, memang tak belajar lah kan. Potpetpotpet je memanjang.Lol Aku boleh takrifkan yang diorang ni sangat utamakan pelajaran. So, bila kita dah terbiasa berkawan dengan student2 yang macam ni, kita pun akan terikut2 tabiat diorang. So konklusinya kena pandai memilih kawan. Tapi student-student kat U ni kebanyakannya semua rajin-rajin belaka mengikut pengalaman akulah sepanjang bergelar budak U ni.

3.Berkawan dengan pensyarah.
Berkawanlah dengan pensyarah-pensyarah kita.Macam iklan tv pulak~ Berkawan tu maksudnya, selalu bertanya kalau tak faham. Mereka ni macam guru sekolah kita juga. Apa yang aku boleh katakan kat sini ialah pensyarah-pensyarah aku semuanya baik-baik belaka. Kalau dapat pensyarah yang baik dan pemurah lagi, tu dah dikira bonus. Sebab biasanya mereka akan berusaha naikkkan sikit pointer kita. Kalau dapat yang muda lagi best, sebab mereka ni memang sekepala dengan kita. haha Semester 1 ni aku dapat Pensyarah ELC (English) yang paling sporting sekali. Dialah guru BI yang paling enjoy pernah aku jumpa. Tagline dia yang selalu aku dengar  'nvm, i'll give you full mark' or 'don't worry, semua akan dapat A punya'.haha Selalu waktu sekolah dulu, kelas BI lah yang paling aku takut. Tapi takpe,kita tengok dulu macam mana untuk semester 2 nanti..

4.Bangun malam
Benda ni memang dah biasa bagi pelajar U. Inilah benda yang paling aku malas nak buat. Tapi alhamdulilah..aku dapat menanganinya dengan berkesan. lol Bila bangun malam, minuman Ipoh White Coffee mesti kena ada. Kalau tak, memang tertidur balik. Bagus sebenarnya study tengah malam.Apa yang kita study, senang nak masuk dalam otak. Ada orang bila-bila waktu je dia boleh study. Tapi kalau aku, waktu tengah hari atau petang otak aku dah tak stable. Mood study akan hilang ntah kemana. Aku selalu bangun pukul 2 pagi. Dalam pukul 4 pagi camtu, aku akan tidur balik. Takleh nak study lama-lama. Takut dalam kelas nanti tertidur pulak macam si Mr Bean ni.




Biasanya aku bangun tengah malam pun sebab minggu tu ada quiz dan exam. Penyakit malas tu memang ada, tapi kena gagahkan diri juga. Yelah, dah kawan-kawan semua stay up tengah malam untuk study, aku pun rasa tercabar lah juga. Takkan lah aku nak buat air liur basi kat katil pulak kan?haha At the same time rasa bersalah kat roomate yang tengah tidur. Lampu meja aku terang sangat...takut mengganggu 'mimpi' dia.

Rasa macam tak sabar nak masuk U balik. Mungkin sebab aku rasa macam tak 'berkehidupan' je bila cuti ni. Maksud aku, duduk rumah layan laman sosial je 24 jam. At the same time rasa cuak jugak. Semester 2 tak akan sama dengan semester 1. Apapun sentiasalah berfikiran positif~


Monday 3 March 2014

jerebu+result SPM!

Tajuk besarnya macam tak boleh blah. Rasa macam tengah belajar subjek matematik pulak. plus plus (+) segala. wkwkw. maaf, taktahu nak letak tajuk apa =p

Lately, negara kita digembar-gemburkan dengan polemik-polemik ketiadaan air , kemarau dan jerebu yang semakin membusung nanah dari hari ke hari. Dulu masa aku form5 (last year), benda-benda macam ni pun dah terjadi sebelum exam trial. Memang jerebu teruk, tapi kemarau tu takdalah teruk sangat  macam sekarang ni. Sampaikan nak masak, mandi, basuh kain pun susah. Almaklumlah air tak ada.


Yang peliknya, last year bila jerebu semakin teruk, aku rasa sedikit happy ! Bukan aku sorang je yang rasa happy, kawan-kawan seperjuangan aku yang akan menduduki trial SPM pun turut sama berkongsi kegembiraan ini. LOL haha Masa tu Indeks Pencemaran Udara bagi negeri Selangor antara yang paling tinggi. So, untuk mengelakkan kejadian atau wabak penyakit yang berbahaya, sekolah terpaksa ditutup untuk beberapa hari. uhukuhukuhuk..!! Batuk kegembiraan lah katakan...

Part cuti tambahan ni lah yang best sebenarnya, lapang sikit kepala otak ni and at the same time boleh lah ulangkaji sebelum trial SPM. Study lahh sangat.. *tangan didada, mata ke atas* .




Terus terang aku katakan, masa tu aku masih tak ada kesedaran lagi nak menghadapi SPM. Masih berada di awang-awangan walaupun hampir setiap hari guru-guru dan pengetua ingatkan 'WAKE UP GIRLS! Time and tide wait for no man!!' Setiap kali diberi kata-kata perangsang yang sedemikian rupa, memang lah rasa bersemangat. But then.... bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. If you know what i mean...
hehehe


Tapi  bukan aku sorang je yang tak ada kesedaran, ada juga kawan-kawan aku yang sebijik macam aku.  Aku mengaku , akibat sikap aku yang malasnya semakin menjadi-menjadi, aku jadi blank masa nak jawab paper Fizik and Biologi. Apapun, past is past..Sekarang dah bulan 3. Lagi berapa hari ye nak ambil result SPM? ENTAH. Malas aku nak kira. Percaya atau tidak, ketika kawan-kawan facebook ku mengupdate status betapa nervesssnya mereka pasal result  Spm ni, aku pulak tak ada rasa papepun. hmm takut tu ada lah juga. Tapi keciput jelah. *boleh pulak* Maybe kalau tarikh result SPM tu semakin mendekat, baru terasa kut debarannya. kot lah. haha


Wednesday 26 February 2014

usaha-usaha meningkatkan prestasi atlet negara



Usaha meningkatkan prestasi atlet negara kita:

  • kerajaan mencungkil bakat-bakat muda dari bangku sekolah
  • pengambilan jurulatih serta pengambilan import
  • para atlet didedahkan dengan kejohanan antarabangsa dengan lebih kerap
  • program-program pembangunan atlet


Sedasarwarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia mengenai isu prestasi atlet negara kita yang semakin merosot dari hari ke hari. Isu yang seolah-seolah menjadi duri dalam daging di negara kita ini semakin membusung nanah dari semasa ke semasa. Pelbagai alpukah drastik yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk menangani isu yang mula menjadi tajuk utama dalam negara kita.

Antara langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan prestas atlet negara kita ialah kerajaan haruslah memulakan langkah untuk mencungkil bakat-bakat muda dari bangku sekolah. Hal ini amatlah signifikan kerana terdapat ramai anak muda yang mempunyai bakat yang terpendam tetapi tidak diserlahkan kerana tidak mempunyai pembimbing yang boleh membimbing mereka untuk mengasah bakat mereka. Jika diasah dan dibimbing, nescaya negara kita dapat melahirkan adiwangsa yang dapat mengharumkan nama negara di arena sukan antarabangsa.

Selain itu, para atlet haruslah didedahkan dengan kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Langkah ini amat penting kerana ia merupakan rencah utama untuk menaikkan semangat kesukanan dalam kalangan mereka. Suatu ketika dahulu, para atlet boleh sepak Malaysia telah menggegarkan seantero dunia apabila menjadi juara dalam Piala Suzuki. Sejak dari peristiwa itu, bola sepak negara kita yang semakin malap sinarnya kini semakin bercahaya. Walaupun begitu, prestasi mereka semakin tidak memuaskan apabila sering tewas dengan negara-negara luar. Oleh itu, kerajaan harus juga memaparkan kemenangan yang pernah diperoleh mereka dahulu agar ia menjadi inspirasi untuk menaikkan nama sukan negara.

Di samping itu, pengambilan jurulatih serta pengambilan pemain import merupakan prakarsa utama memantapkan cara-cara bermain yang lebih kuat oleh atlet-atlet negara kita. Pengambilan jurulatih dari luar negara yang mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam dapat membimbing para atlet negara kita supaya dapat melakukan anjakan paradigma terhadap cara permainan mereka. Pemain-pemain import yang dibawa masuk dari luar negara diharapkan dapat menaikkan imej kesukanan yang kukuh di negara kita.

Seterusnya, program-program pembangunan atlet haruslah sentiasa dilakukan untuk menyemai semanat kesukanan ke dalam diri mereka. Semangat kesukanan yang semakin pudar dalam kalangan atlet negara kita haruslah ditingkatkan agar imej sukan negara kita tidak dipandang rendah oleh negara-negara luar yang lain. Usaha-usaha penerapan nila-nilai murni haruslah dilakukan memandangkan isu-isu jenayah yang melibatkan para atlet marcapada dapat dikurangkan.

Secara tuntasnya, langkah-langkah ini haruslah dilakukan dengan segara agar negara-negara luar tidak memandang enteng terhadap para atlet negara kita. Diharapkan, dengan langkah-langkah ini, ia dapat membawa kembali kepada kegemilangan yang pernah kita kecapi dalam arena sukan dan merealisasikan slogan 'Majulah Sukan untuk Negara'.





kepentingan teknologi maklumat

         


          Dalam mendepani arus globalisasi, Malaysia telah berjaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Hal ini demikian kerana pelbagai kemudahan teknologi yang dicipta marcapada ibarat cendawan tumbuh selepas hujan apabila manusia berlumba-lumba untuk mencipta teknologi yang memudahkan kehidupan seharian.

          Terdapat pelbagai kepentingan prima penggunaan teknologi maklumat  dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah memudahkan manusia untuk mendapatkan maklumat di hujung jari terutama dalam kalangan pelajar. Menerusi teknologi maklumat ini, manusia akan dapat mempelajari pelbagai maklumat keduniaan yang dapat membuka dan meluaskan minda mereka. Selain maklumat pendidikan, kita juga dapat mencari maklumat mengenai hiburan, isu-isu politik dan sebagainya.

          Selain itu, manusia juga dapat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sempadan. Pengenalan mengenai laman sosial seperi "Facebook","Twitter","Friendster" dan sebagainya telah menghubungkan manusia dengan dunia luar. Sebagai contoh seseorang yang berada di luar negara sama ada atas urusan perniagaan atau menuntut ilmu dapat melepaskan rindu serta bertanya khabar kepada keluarga tercinta yang berada di perantaan hanya dengan menggunakan teknologi laman sosial.

          Seterusnya, teknologi maklumat ini juga memudahkan ahli pernigaan menjalankan aktiviti pernigaan mereka hanya di dalam talian sahaja sekaligus dapat menjimatkan kos dan tenaga. Aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui talian bukan sahaja dapat memudahkan urusan pekerja, bahkan ia juga dapat memudahkan pembeli atau pengguna.

          Akhir sekali, manusia dapat melakukan pembayaran bil dan urusan perbankan melalui laman sesawang sahaja. Manusia tidak perlu menghabiskan tenaga dan bersusah-payah untuk menguruskan pelbagai pembayaran dan urusan-urusan kewangan. Ia juga memudahkan seseorang yang terlalu sibuk dengan kerja seharian membuat pembayaran dengan mudah.

          Kesimpulannya, teknologi maklumat yang ada marcapada memainkan peranan vital kepada setiap manusia. Teknologi maklumat ini haruslah digunakan dengan sebaik yang mungkin kerana banyak manfaat yang dapat kita peroleh menerusi peranan teknologi maklumat itu sendiri.

Sunday 26 January 2014

Kalau masa itu boleh diundur...

Hye and assalamualaikum, readers
Malam tadi aku buka laci meja belajar aku and aku jumpa diari. Aku baca dari satu ke satu halaman. Diary tahun 2012. Aku tak adalah rajin tulis diari. Kadang-kadang je sebab aku ni memang tak boleh nampak buku nota tebal. Kalau nampak je, mesti aku nak jadikan buku tu sebagai buku diary aku . hehe



Khusyuk gila aku baca satu persatu luahan hati aku.hmmm terfikir juga, kuatnya aku masa tu, tabahnya aku.. Tahun 2012 sebenarnya tahun kejatuhan dalam hidup aku. Eceh, macam Sejarah pulak. Biasalah hidup ni seperti roda, sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah. Aku rindu tahun 2011, rindu momen-momen yang manis. Tahun 2012 aku rasa macam apa yang aku buat semua tak kena dan aku rasa lonely. Aku rasa aku hidup dalam dunia aku dan orang yang selalu buat aku happy and relax bukan orang lain, tapi diri aku sendiri. Kadang-kadang tu aku suka hidup sendirian, manjakan diri sambil layan running man. Bagi aku lah kan, kalau manusia tak boleh buat kita happy, media sosial boleh! Youtube, Facebook, Twitter and so on. Running man selalu buat aku gelak sampai tak ingat dunia. *Lagi-lagi running man* ehehe Aku lepaskan tekanan melalui youtube. Search je video-video lawak. Habis cerita. Aku suka macam tu, setidak-tidaknya aku ketawa. Kalau hari-hari belajar memang stress lah jawabnya.



Kalaulah masa itu boleh diundur, aku akan pilih apa yang terbaik untuk aku. Mungkin aku tak akan pilih untuk masuk ke Science Stream, tapi kelas perdagangan. Aku tak minat Fizik and Bio, aku cuma minat Kimia. Kalau korang yang bakal form4 tu, fikir dulu sebelum bertindak. Kalau korang taknak bangun malam study fizik, biologi, kimia jangan amik pure science tapi kalau korang betul-betul minat nak jadi doktor, engineer and so on better korang prepare. Kuatkan semangat, kuatkan azam dan hargai setiap masa yang korang ada. Kalau tak jadi macam aku. *sigh* Bukanlah aku nak cakap kalau korang masuk kelas perdagangan korang boleh relax-relax, happy2. NO! Maksud aku, untuk mendapatkan A dalam 3 subjek sains tu bukanlah perkara yang senang. Berdasarkan pengalaman aku sebagai pelajar pure sains, kalau kita pass untuk paper 3 beradik sains tu pun dah dikira alhamdulilahh! Asalkan tak gagal! wkwkw! So yeahh, be careful!

Kalaulah masa itu boleh diundur, aku akan amik kelas tuisyen start dari 2012. Pusat tuisyen era tinta adalah tuisyen yang paling bagus. Memang tidak dapat disangkal lagi. Kalaulah aku amik tuisyen tu dari dulu lagi, mungkin aku tak akan blur dengan subjek kimia and fizik. Aku mula suka dengan subjek kimia since form5. haha bayangkanlah, setahun 11 bulan kau belajar satu apa pun kau tak tahu! Macam mana nak cari mole and so on. Haiyaa.. apa pun takbleeyy.

Kalaulah masa itu boleh diundur, akan ku drop itu fizik subjek dan akan ku amik subjek geografi. Aku suka geografi since form1 lagi. Dulu aku selalu fikir aku boleh buat punya fizik tu, tapi sampailah nak spm aku still taktahu camaan nak jawab. Berserah je lah. Berdebar-debar pulak bila fikir pasal result. Yang aku pasti maybe aku akan dapat C or D sebab lepas habis je exam aku check paper 1 , memang banyak sangat salah! Kalau paper 1 pun dah banyak salah, apatah lagi paper 2 & 3 kan ? hmm




hmmmmm *and i'm still thinking*....



















Sunday 19 January 2014

bad day

hello readers,
Semalam (ahad) aku menempuh pengalaman yang erghh boleh tahan teruk jugalah. Harini aku pergi kelas Bahasa Ingeris kat salah sebuah pusat tuisyen yang berhampiran je kat pusat tuisyen lama aku (e.t). Permualaan kelas amatlah mengantuk dan membosankan. Cikgu kat situ pandai tackle pelajar, pelajar ngantuk je dia akan bagi gula-gula.

Lepastu kan, tetiba pulak dia suruh buat group discussion and bahagikan kumpulan ikut nama. Biasalah, kalau kelas Bahasa Inggeris mesti ada group discussion. Sebab tu masa kat sekolah dulu, aku paling tak suka bila cikgu BI masuk kelas. haha Okay, berbalik kepada kelas BI tadi, ramai muka-muka gelabah sebab diorang tak sama kumpulan dengan kawan-kawan diorang. Aku okay je, sebab tak ramai sangat orang yang aku kenal so mana-mana kumpulan pun aku tak kisah .


Kumpulan aku kena buat pasal National Geography. Err what ?? Masa tu aku agak tak setuju, kenapa mesti mesti NG? Aku ni bukannya tahu pasal binatang-binatang semua ni dan kejadian alam.ergh otak aku dah blank, se-blank jihyo noona.


Lepastu cikgu tu bagi cadangan lain. Nak tukar tak, disebabkan tajuk macam susah kitorang pun memang tak ada idea pasal benda-benda ni semua. Tetiba en, aku teringat satu benda.

NATIONAL SERVICE aka PLKN

Dengan muka yang semangatnya aku cakap kat cikgu tu, "sir National Service sir!!" Dengan penuh semangat


Aku pilih tajuk ni sebab:
1. Aku pernah buat group discussion kat sekolah pasal tajuk ni. So, no problemlah. Yang menjadi masalahnya nak translate dalam BI.
2. Tajuknya seakan-akan National Geography. Maksud aku dia ada perkataan National. Itu yang tetiba aku teringat kat National service . hahah

Bila tiba kepada group discussion semua macam ....



Dari air muka diorang  pun aku tahu mesti diorang fikir 'apahalah minah ni pilih PLKN' or 'eh eh dia ni, bincang pun tak, tetiba buat cadangan sendiri'. Tetiba pulak timbul perasaan bersalah.. Alamak, apa yang kau buat ni Farahhh -.- Lepastu leader group tu suruh aku bagi idea sebab diorang tak ada pengalaman dalam PLKN dan sedikit sebanyak juga dia memerli aku. 'hm.. tadi kalau kita tukar kepada tajuk medic or sains kan senang, sebab aku memang ada pengalaman' sambil menoleh ke arah kawan india sebelah dia. Bila aku dah tengok muka cemberut dia yang macam nak hentam aku, terus aku bagitahu kat dia kalau nak tukar tajuk lain tukar lah. BUT.NO.RESPOND! 

Dah semua buat macamtu, aku bagilah sedikit sebanyak idea. Idea aku memang banyak, tapi leader group aku merangkap orang yang perli aku tadi macam-macam dia persoalkan idea aku. Itu tak kena ini tak kena. Alahai.....'Awakkkk,sebelum SPM saya dah buat tajuk ni dengan group discussion kat sekolah saya dulu. So, pleaselah terimaaa!! Haiyaaaa.....' Tambahan pula bila aku bagi idea situasi sebegini berlaku


Sampaikan ada satu masa tu aku diam je. Malas nak cakap. Tapi kalau aku tak bagi idea nanti dia salahkan aku pulak.At the same time, aku agak panas jugalah dengan budak perempuan kat sebelah aku. First impression aku tengok dia kat kelas memang jenis HUHAHUHA. Maksudnya agak sedikit kecoh. Dia fikir  dialah yang paling bagus kat kelas tu. Sakit hati temannn! -.- Korang nak tahu tak, muka dia selalu macam ni.. meh aku tunjukkan  

            Versi Draco, budak jahat dalam Harry Potter                        

Jahatkan aku? 
 Tapi.. this girl, bila orang bincang pasal ni, dia buat benda lain . Main baling-baling kertas kat kawan dia yang dari group lain. Aku rasa macam ..aihh panass hati masa tu.Bising pandai, bila buat discussion taknak bagi idea. Aku memang tak suka orang camni. Seumpama tin kosong. Dia pandang aku dengan pandangan yang macam kat atas ni. Tak kisah lah mana-mana versi pun. Aku rasa macam useless. Aku nak tanya juga, SPM trial haritu dapat berapa?? Banyak A tak ? Pernah tak dapat tokoh pelajar cemerlang kat sekolah ? 

Memang muka aku agak tebal jugalah masa tu. haha yelah at the same time rasa bersalah sebab pandai-pandai buat keputusan. Tapi memang idea aku melimpah-ruah masa tu!! Macam yang aku cakap tadilah, bila aku bagi idea ada je yang tak kena di mata leader and tak ada respond. Bila aku bagi idea pasal keburukan PLKN contoh ada kes buli , ibu bapa mengatakan PLKN membuang masa and so on dia dokk persoalkan lagi. Arghh STRESS!!! bak kata Kang Gary 


Hangpa tak pernah baca surat khabar ke?? Last-last aku tundukkan muka je. Menunggu masa untuk pulang lagi bagus rasanya. Mana sir ni ??. Cepatlah masuk, sir. ahhaha Nasib baik ada budak lelaki kat sebelah sudi cakap dengan aku, bagi idea sikit .sorry bro tapi aku hanya mampu tersenyum tawar -.- Finally sir dah masuk dan aku terpaksa membentangkan tajuk ni kat semua orang. Okay, habis cerita! Balik juga akhirnyaaa ..yahoooo!!

Masa nak turun tangga tu aku luahkan semua apa yang aku rasa kat kawan yang rapat dengan aku kat tuisyen tu. Nasibb baik dia bagi respond yang baik . haha  Thanks , my new friend! *wipe tears*


Tapi jangan salah sangka, aku tak benci dia. I mean that girl yang HUHAHUHA tu. Aku cuma tak suka attitude. Aku rasa nak minta maaf kat leader pasal buat keputusan melulu. Tapi..rasa hanya tinggal rasa. hahaha Okay Farah, lepasni kalau ada group discussion,hati-hati ye. Jangan jadi macam kanak-kanak ribena macam semalam kalau tak nak menyusahkan diri!

Sekian :)




















































Saturday 28 December 2013

Peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia

        Dalam menongkah arus globalisasi, negara kita telah berjaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain kerana kepesatan pembangunan negara semakin membangun ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, negara kita sering digembar-gemburkan dengan polemik-polemik kekeluargaan yang semakin membusung nanah dari hari ke hari. Isu-isu seperti ini sering dikaitkan dengan negara-negara yang membangun marcapada. persoalannya, apakah ubat yang paling mujarab untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi duri dalam daging kepada negara kita?

        Sebagai pembuka bicara, marilah kita melensakan peranan ibu bapa dalam mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa marcapada terlalu mengejar kekayaan duniawi telah menyebabkan anak-anak mereka tersisih dari ibu bapa meraka. Ibu bapa seyogianya mengambil alpukah drastik dengan mengambil berat tentang anak-anak mereka teruatama dalam globalisasi marcapada. Anak-anak diibaratkan kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan peribadi meraka agar menjadi insan yang berguna. Ibu bapa seyogianya meluangkan masa bersama anak-anak meraka agar dapat mendengar luahan hati anak mereka. Oleh itu, mereka akan rasa disayangi dan tidak berasa tersisih.

         Jika ditelusuri dari dimensi yang lain pula, ibu bapa harus memantau perilaku anak-anak meraka dalam usaha mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa harus melihat perilaku anak-anak sama ada positif atau negatif. Anak-anak yang melakukan perilaku positif haruslah diberi pujian, manakala anak-anak yang melakukan amalan negatif haruslah dinasihati dan diberikan didikan agama agar mereka tidak lagi menconteng arang ke muka ibu bapa. Anak-anak yang berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak akan terjebak daklam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa mereka.

        Di samping itu, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak meraka sendiri. Mereka harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak meraka agar dapat dicontohi kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Contohnya, ibu bapa haruslah berlemah-lembut dan berinteraksi dengan sopan antara satu sama lain. Apabila sikap mahmudah ini sering ditonjolkan untuk diteladani oleh anak-anak meraka , nescaya kebahagiaan dan keharmonian sesebuah keluarga dapat dinikmati hingga akhir hayat. Sebaliknya, ibu bapa haruslah mengelakkan diri daripada mempamerkan sihat mazmumah kerana ia akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak meraka.

          Jika disingkap dari tirai yang lain pula, ibu bapa yang baik adalah meraka yang mendahulukan urusan ukhrawi terlebih dahulu daripada urusan duniawi. Sebagai contoh, membawa anak-anak ke masjid, menghantar mereka ke kelas agama dan siolat berjemaah. Apabila anak-anak diberikan didikan agama, mereka akan mendapat panduan hidup yang lebih baik dan seterusnya melahirkan insan yang bitara. Tambahan pula, anak-anak marcapada sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi yang membusung nanah dari hari ke hari. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam jiwa mereka sejak meraka masih kecil lagi.

         Akhirulakalam, jelaslah di sini bahawa ibu bapa memainkan peranan signifikan dalam melahirkan keluarga bahagia. Golongan cerdik pandai pernah berkata "mendidik anak-anak umpama menanam biji benih, ianya harus dibaja, disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang". Walaupun bergitu, mereka juga harus ditegur jika melakukan sesuatu kesalahan. Bak kata pepatah sayangkan anak tengan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalakan. Semoga ahrapan negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan untuk membangun imej negara di persada dunia.